Kunyit Bekalkan Khasiat Kecantikan Dan Kesihatan.
(Petikan dari : Khairulnissa Abdul Kadir : majalah Wanita, Ogos 2001)
Kunyit
Kunyit ditanam di mana-mana. Di negara-negara Timur, kunyit digunakan sebagai pengganti saffron dan warna kuning(digunakan sewaktu menggoreng ikan dan ayam) dan sebagai ubat di negara seperti China, Jepun, Malaysia dan Indonesia. Di Malaysia ia ditanam dan boleh didapati tumbuh meliar di merata tempat. Kunyit (Cucurma domestica) adalah tumbuhan yang tumbuh sepanjang tahun. Menurut WHO, kunyit merupakan tumbuhan ubat-ubatan yang paling banyak digunakan di dunia.
Kandungan kimia
Kunyit merupakan jenis temu-temuan yang mengandungi senyawa kimia berkeaktifan fisiologi iaitu minyak atsiri dan mengandungi senyawa kurkumin. Akar kunyit mengandungi pati dan getah. Minyak atsiri juga memberi aroma harum dan rasa khas pada umbinya. Kunyit mengandungi curcumin(zat berwarna kuning), turmeron, zingiberen, turmerol(minyak turmerin yang menyebabkan aroma dan wangi kunyit), lemak, pati dan damar.
Umbi akar yang berumur lebih dari satu tahun dipakai sebagai ubat (umbi akar bersifat mendinginkan, membersihkan, mempengaruhi bahagian perut, merangsang, melepaskan lebihan gas di usus, menghentikan pendarahan dan mencegah pengentalan darah) selain dari itu juga digunakan sebagai bahan dalam masakan. Kunyit juga digunakan sebagai ubat anti gatal dan anti kejang serta mengurangkan pembengkakan selaput lendir mulut. Kunyit juga diminum sebagai ekstrak atau diguna sebagai salap untuk mengubati bengkak.Kunyit juga berkhasiat untuk menyembuhkan hidung yang tersumbat, caranya dengan membakar kunyit dan menghidunya.
Berdasar perubatan tradisional cina, umbi akar kunyit digunakan ubat untuk sakit dada, perut, sakit lengan dan sakit pada saat haid serta luka luka. Kunyit dianggap sangat mujarab untuk menyembuhkan haid yang tidak teratur, melancarkan aliran darah dan melarutkan gumpalan darah.
Posted by Cantik dan sihat… « EDUCATION AND YOU on April 3, 2008 at 1:34 pm
[...] dikongsi dari blog http://norshi.wordpress.com/2008/03/20/herba-dan-kesihatan/ [...]
Posted by nikdin on April 3, 2008 at 1:34 pm
Perikan yang menarik, rupanya kat dapur tu ada herba yang hebat, namun kita sentiasa abaikan.
Posted by noraini on Mei 20, 2008 at 4:19 pm
macam mana caranye utk mengubat haid yang tidak teratur dengan kunyit
Posted by zaza on November 1, 2009 at 10:17 am
Itulah rahsia masak lemak cili padi (api) orang nogori. Walaupun pedas n berapi yg boleh memudaratkan perut tapi bila dicampurkan kunyit ia akan jadi penawar. Masak Lomak Cili Api ni boleh dikatakan masakan asasi orang nogori tapi tak pulak kita dengar mereka semua menghadapi masalah perut. fare n square lah