Ibu yang mengandung harus mengambil berat penjagaan buah dada agar susu tidak tersekat dan dijangkiti kuman. Tentukan makanan yang diambil mestilah cukup berkhasiat dan mempunyai vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan dan juga bayi di dalam kandungan. Setiap makanan yang diambil, akan mempengaruhi janin yang sedang membesar di dalam rahim. Pastikan anda mendapat tidur yang cukup pada waktu malam sekurang-kurangnya 7 hingga 8 jam. Sekiranya berpeluang dapatkan rehat dan tidur diwaktu siang selama 1 hingga 2 jam. Ibu juga mestilah bijak membahagikan masa untuk suami, anak-anak yang sedia ada dan juga tugas bagi yang bekerjaya.
7 Mac